Tuesday, May 1, 2012

SUPPLIER, IMPORTER, DISTRIBUTOR ATAP LALANG @ ALANG ALANG IN MALAYSIA


About Us

We are reliable professionals with over 8 years of experience. We listen to our customers
and gives free consultation. 

Services

We supply and install alang alang roof. With an experienced staff, you can be sure we will
get the job done and get it done right.
Telefon: 019-778 6837 @ 012-657 4123 
Fax: 03-3122 9104
Email: m_hedzir@yahoo.com
 Importer and supplier of Alang Alang (Atap Lalang) as roofing material  in Malaysia. We offer our Alang Alang cheapest price in Malaysia. Our Alang Alang supplied in Malaysia are made to meet standard and quality of International Resort . We supplied our Alang Alang to Golden Palm Tree Resort Sepang Goldcoast, Redang Island Berjaya Spa & Resort, Morib Goldcoast Resort, Jerejak Resort, The Mine, Sunway Borneo Rainforest Cafe,  Local Contractors and Individuals. Please call or email for futher clarification. Other website: http://alangalangmalaysia.com, http://alangalangmalaysia.yolasite.com, http://ataplalangbali.blogspot.com, http://ataplalangbali.wordpress.com

Kami adalah juga pengimpot dan pembekal tunggal Rumah Bambu @ Rumah Buluh dari Indonesia. Sila layari website http://rumah-bambu-malaysia.blogspot.com dan bersedia menerima tempahan dari individu atau dari pusat peranginan. 

Kami juga adalah pengedar dan pembekal Atap Nipah di seluruh lembah Klang. Sila layari http://pembekal-atap-nipah.blogspot.com dan bersedia menerima tempahan dan penghantaran ke seluruh negara.



A. Pengenalan Barang/Product:
          Atap Lalang atau Alang ALang semakin popular digunakan di Malaysia dan dipasang di resort, villa, bungalow, chalet, gazebo dan lain-lain bangunan. Ia juga amat popular digunakan di merata dunia terutama di pusat-pusat peranginan bertaraf antarabangsa di negara-negara bercuaca panas. Antara negara-negara yang memasang atap lalang adalah Australia, USA, Mauritius, Fiji, Thailand, Hawaii dan Indonesia sendiri. Suhu dibawah bangunan yang dipasang dengan atap lalang akan menurun sehingga 10-15 darjah Celcius kerana bahan atap lalang adalah penebat haba yang baik. Selain berfungsi sebagai penebat haba, bumbung dari atap lalang kelihatan sangat cantik dari pandangan luaran dan kelihatan amat menarik pada bahagian dalam bumbung bangunan tersebut.  Anda boleh melayari web-web yang berkaitan dengan 'ALANG ALANG BALI' untuk melihat sendiri pemakaian atap lalang di serata dunia. Sila klik link dibawah sebagai testimoni penggunaan atap lalang di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bumbungmesraalam/Article/index
B. Ukuran Sais Atap:
2.0m(panjang) x 0.7m(labuh) x 2.0cm(tebal)

Jarak kayu gegulung (batton) diantara satu sama lain adalah 0.667m / 66.7cm / 667mm.
C. Tempoh Jaminan,  Pengiraan Keperluan & Harga Atap:    
Sehingga 15 tahun untuk jarak 1 1/2 inci dari setiap kepingan atap.
Ketebalan atap sehingga 10" untuk 12 keping overlap. Sudut bumbung minima 45 degree.
Keperluan atap - 12 pcs/sq yd @ 13 pcs/sq m
Sehingga 10 tahun untuk jarak 2 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 8" untuk 10 keping overlap. Sudut bumbung minima 35 degree.
Keperluan atap - 9 pcs/sq yd @ 10 pcs/sq m
Sehingga  7 tahun untuk jarak 2  1/2 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 7" untuk 9 keping overlap. Sudut bumbung minima 35 degree.
Keperluan atap - 7 pcs/sq yd @ 8 pcs/sq m
Sehingga 5 tahun untuk jarak 3 inci dari setiap kepingan atap. 
Ketebalan atap sehingga 6" untuk 8 keping overlap. Sudut bumbung minima 30 degree.
Keperluan atap - 6 pcs/sq yd @ 7 pcs/sq m

Upah Pemasangan: RM25.00/sq m

Nota: Untuk bumbung berbentuk piramid, tambahan sebanyak 10%  dari jumlah keperluan luas permukaan bumbung sebagai sisa buangan @ 'wastage' didalam pengiraan jumlah keperluan atap.

D. Harga sekeping atap
RM 12.00 sekeping (Tidak termasuk kos penghantaran yang ditetapkan oleh syarikat pengangkutan)
Discount diberikan untuk jumlah tempahan yang besar .
FCL kontena 40' High Cubic 9' 6"  - 5000 keping - Harga boleh runding lagi dengan discount besar.

E. Bahan Binaan Rabung(Hibs) - Wowong
Bahan mentah untuk membuat rabung bagi bumbung berbentuk piramid.
Harga se unit: RM1.50
Keperluan bahan: 70 pcs/m
Upah pemasangan: RM25.00/m

F. Bahan Binaan Kerakat(Buluh Penindih Atap)

Buluh yang dibelah digunakan untuk menindih permukaan atap bagi mengelak atap tersingkap oleh tiupan angin yang kuat. 
Ukuran: 1 1/2"(lebar) x 10'(panjang)
Harga se unit: RM 2.50
Keperluan bahan: 3 pcs/sq m @ 95% dari luas permukaan bumbung
Upah pemasangan: RM25.00/sq m

G. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Usia Ketahanan Atap

a) Jarak tindihan@overlapping - Lebih rapat jarak pemasangan, bumbung semakin tahan lama. Atap yang lebih rapat menyebabkan bumbung menjadi lebih tebal. Ketebalan ini melambatkan penipisan atap oleh proses pereputan semulajadi.

b) Sudut curaman bumbung - Lebih besar sudut curaman, bumbung semakin tahan lama. Sudut yang besar melancarkan pengaliran air hujan, mengurangkan resapan air kedalam atap dan seterusnya melambatkan proses pereputan semulajadi.

c) Lokasi bangunan - Bumbung bangunan yang berada ditempat lapang dan sentiasa terdedah kepada cahaya matahari akan tahan lebih lama berbanding bangunan yang berada ditempat teduh e.g bawah pokok. Atap yang berada ditempat teduh akan lambat kering dan mempercepatkan proses pereputan semulajadi.

d) Geografi - Atap yang berada di negara yang panas dan kering akan tahan lebih lama berbanding dari negara yang sering ditimpa hujan. Tiada masalah timbul bagi negara Malaysia.

e) Alas bawah bumbung - Sebarang pemasangan apa-apa bentuk alas dibawah atap alang akan memendekkan usia atap dengan ketara. Ini adalah kerana pemasangan alas berkenaan menyebabkan udara tidak dapat beredar dibawah atap lalang untuk mempercepatkan proses pengeringan air selepas hujan.

H. Terma Pembayaran:
Bayaran Pendahuluan: diperlukan untuk mengesahkan tempahan besar.
Pembayaran Penuh: On Delivery: Cash/Company Cheque/Bank Draft

I. Lain-Lain Bahan Bekalan

Kami juga membekal Atap Nipah untuk keperluan pasaran tempatan. Bersedia menerima tempahan untuk seluruh negara.

Terima kasih kerana melawat website ini.


MOHD HEDZIR BORHAN

Penggunaan atap lalang di peringkat pusat peranginan antarabangsa 

Penggunaan atap lalang sebagai rumah dan gazebo

Pandangan indah dari bawah bumbung atap lalang